CATATAN TERBARU

Saturday, 31 December 2011

doa selamat

selamat petang BLOGGER ! haip penat hari ni . bertungkus lumus 'rewang' dok tolong mak kat dapur . family aku busy hari nih sebab lepas ISYAK ada buat doa SELAMAT sikit . sempena my sis nak pergi practical kat JB . 


* just funny ! sebelom tidur .


  • at-10-tion : aceceh penat dong tolong kat dapur . nyorok-nyorok jap dok update blog nih sebenarnya . rojerrr


PANTUN KESAYANGAN !

MORNING blogger ! opsh rase memang dah pagi tapi bukan bermaksud aku bangun awal . pukul 1 maa . aku tak tidur lagi . EKEKEKEH . mood nak berjaga sampai pagi . buleh ke cam tuh ? WATEVER ! 

aku tak tidur ni pon pasal nengok MAHARAJA LAWAK MEGA ! OSBON !!! why not BOBOI ? I like them la weh . It`s not fair la dear . pape pon aku lepaskan DARAH TINGGI aku (just terperanjat kot tuh darah naik) tengok video lagu-lagu ciplak (OMPUTEH) . 

okayy , memandangkan sipolan dah lena maka aku akan teruskan operasi aku menggembleng tenaga aku puas-puas untuk mengupdate blog nih . HAHA . ingatkan operasi ape tadi . 

suddenly , aku teringat peristiwa petang tadi . ACECECEH ! suprised mak aku bagi present free-free kat aku . DIA hadiahkan aku sebuah pantun . aku suka sanga-sangat ! 
bunyinya cam nih !

"buah cempedak di luar pagar ,
ambil galah tolong jolokkan ,
saya budak baru belajar ,
kalau salah tolong tunjukkan "

okayy . aku tiba-tiba tersentap bila mak bagi aku pantun nih time aku tengah kerja . oppss maybe aku baru nak belajar tentang selok-belok perniagaan mak aku kot . MAYBE la weh . walawei la . 

dalam hati aku kegirangan . aku tak tahu kenapa . aku suka sangat-sangat pantun nih . maybe dah lame tak dengar kan ? ! ;) 


*harap-harap akan ada pantun lagi besok ! JYEAH .

  • at-10-tion : perkataan "terima kasih , cik " takpernah lengkang dari mulut aku ketika bekerja . dan aku akan mengukirkan senyuman yang manis untuk PAKCIK-2 yang "KIUT" ! aku sudah matang bila berada dilautan kedai mak . bisnes perniagaan akan aku kuasai oneday !!!!!!!!!! rojer ;)


Friday, 30 December 2011

terasa bermimpi kot .

ASSALAM blogger ! malam penuh kenangan 'HOT' . namun itu semua sejarah yang manis untuk ditelan . 

malam nih aku rasa sejuk hati sangat-sangat . tahu kenapa ? malam nih kat MASJID ade ceramah . so memandangkan rumah aku berdekatan dengan masjid tersebut maka aku akan dengar celoteh para-para ustaz berceramah . aku suka sangat-sangat bila ada ustaz mengaji n then bagi ceramah . (even aku suka telinga aku tetap aku sumbat dengan earphone ) LALALALALA . 

alangkah BEST nye bila ada ceramah hari-hari kan . lagi-lagi ustaz tuh baru balik dari MESIR . EKEKEKEH !  okaayy . minta-minta besok malam para jemaah masjid akan kumandangkan lagi lagu-lagu berunsurkan agama . even takboleh pon aku still boleh bukak YOUTUBE kan . that`s right ! OUHH aku dengar lagi . lagu SELAWAT . hati aku tenang sangat . aku bersyukur sangat-sangat !

one more ! tadi aku rasa seperti dalam mimpi . aku terasa macam dah SUBUH . maybe sebab ada orang mengaji kat masjid . FEELING nih timbul bila my family berkumpul kat dapur sebab ada kenduri SATAY , akak & husband die beli ! YUMMY ! aku kenyang buat kali kedua . tadi kol 8 pon aku dah makan CHAR KUEW TEAW akak beli tadi . okayy aku dah makin MONTEL . :(


*JYEAH ! kau ade ? so sweet !

  • at-10-tion : mood terganggu sebab someone ajak berSMS . idea hilang sebab tuh terpaksa STOP ! rojer you all !!!!!!!!!! ciss




Thursday, 29 December 2011

Dan Bila Esok !

ASSALAM blogger . hari nih cerita `TENTANG DHIA` telah tamat . mood time tonton drama tuh amat menyayat hati . SWEAR air mata aku nak jatuh tapi sempat cover  depan family . taknak feeling sangat . but cerita ni memang penuh MESEJ untuk kita semua . 

salah satu mesej aku lihat :
* tanpa restu cinta bagaikan jasad tak bernyawa !
*biarlah mati yang memisahkan kita !

ngeh-ngeh feeling lak pulak . tapi mesej tuh hanya berkaitan rapat dengan HIDUP BERPASANGAN ! 
maybe aku takperlu pikir setakat ni . sekadar peringatan !

sekarang nih aku dah lalui hidup dalam alam pekerjaan . YEAH aku dah cukup puas dengan pekerjaan . aku dah mula menguasai hidup sebagai orang dewasa . HAHA juga telah menguasai duit poket . 

`mak , Terima Kasih Untuk Semua Ini .` 

duit aku takpernah POKAI sejak dah kerja . penat memang penat tapi apakan daya . itu semua kehidupan dalam pekerjaan .

YESS !!!! puas aku menjerit didepan cermin (sampai retak) LOL :


* photo ni semasa aku tengah kerja 
okayy , memang sempat POSE ! 

  • at-10-tion : teringin nak jumpa kawan-kawan `KESAYANGAN` tapi dieorang dah busy dengan kerja . ngeh-ngek ;(


Wednesday, 28 December 2011

FEELING : ANGRY

hey BLOGGER ! bersua lagi . aku bukan nak berceloteh je . tapi hanya sekadar pengalaman SUKA @ DUKA .
;)

dalam entry nih . aku cuba share story aku . makin hari aku sudah MATANG melalui alam pekerjaan . YES ! hanya itu je yang mampu aku jerit dalam BILIK AIR ! HOHO . kawan-kawan semua , kamu amacam ? kongsi la BOBOY !

tapi sayang hati aku selalu dilanda ombak yang taktahu mane sesat . AKU SELALU INGATKAN DIA . tapi how him ? NGEE . sometimes aku pikir mengapa aku selalu ingat `DIA` sedangkan dia ? penuh persoalan ! ALLAH turunkan kat aku macam-macam ujian ! aku terima sebab aku tahu ALLAH sayangkan aku . dia taknak aku LEKA dalam keduniaan .

MY FAMILY ? yes ! aku bersyukur sebab tuhan masih mengurniakan family disisi aku . `dia orang` lah tempat aku menghiburkan hati . THANKS my beloved family !

tentang `DIA` aku taknak pikir dah . aku serik ! aku terima apa seadanya jika ALLAH masih turunkan kat aku pelbagai rintangan . I`m not give up ! 
;(


* aku akan `menyorokkan` diri aku dari kau sipolan.
bukan bermaksud aku lari dari masalah !

  • at-10-tion : aku percaya one day aku akan jumpa dengan `JODOH` aku yang sebenar ! ada hikmah disebalik ini berlaku . I believe it !


Tuesday, 27 December 2011

NO FEELING ???

ASSALAM blogger . ARGHH pagi-pagi lagi dah kene `tipu` . okayy , maybe aku boleh terima . maybe kali nih je , akan datang SORRY TO SAY la bro .

apakan daya manusia takpernah lari dari buat kesilapan ? tapi sayang 'awok` selalu melakukan kesalahan dalam diri `awok` . sehingga awak takpernah nak membaiki kesilapan `awok` ! HAHA .okayy aku hanya mampu gelak je . bukan taknak bantu `awok` tapi `awok` selalu memperlekehkan KATA-KATA cek .
;)

  • at-10-tion : BEBELAN semata . tiada kene-mengena yang HIDUP @ MATI !

Sunday, 25 December 2011

DATANG KEMBALI !

ASSALAM blogger . hari nih mood aku tahap cencalok dah basi . HAHA . tak tahu tiba-tiba riang lak hati nih . riang hati mesti bersebab kan . okayy memang pons ! ops adess .

okayy 1st , hari nih aku lupa sepatutnya aku kene out pergi Tampin sebab nak shopping . memandangkan aku lupa nak ajak mak aku maka hajat membazirkan duit kat tuan kedai shopping tuh tergendala . WHOAA aku tergelak besar bahawa aku pon lupa duit aku sudah tahap nazak dah . never mind . aceceh ~~~

sepanjang hari aku spend time ngadap LAPPY .  OOPSS ! naik juling mata aku kat LAPPY takgune nih . agaknye bil api rumah nih tok bulan nih melambung-lambung katenye ! don`t blame me mom ! NGEE ;) . 

okayy dalam kol 6 sesi mengumpat berlaku didapur lalu aku turut serta . mengata benda yang betul okayy . kakak takgune . ngumpat benda yang melampau . ADUSSHHH ~~

on9 punya on9 , suddenly sipolan pon on9 . AKEKEKE ! okayy aku dah naik giler . sekarang aku dah mula melangkah membisingkan MOBILE aku . message * call . FUHH takingat dunia . HAHA . maka terubat rindu aku kat sipolan tuh . CEWAAH .

tapi sayang sipolan salah sangke dengan perangai aku . EHEHE . hati aku taktenang malam nih . YEH why ? okayy adakah ini cinta ? 


* you can blame me today * tomorrow . selama mane kamu mahu !
I believe you still love me , right ? 

  • at-10-tion : jealous menguasai dirinya . aku cuba menguji dirinya . HAHA amekaw .


Saturday, 24 December 2011

SIPOLAN SAYANGS !

ASSALAM blogger . okayy , tired lah baru balik dari bahau . urm bahau je kot . huh mampus aku mak membebel kalau dapat tahu duit aku RM50 melayang ! ini semua disebabkan godek-godek earphone & cover bag phone . lalu aku membelinya . okayy jadi milik aku secara mutlak . HAHA . tapi takmungkin mak nak marah lagi . siyes aku kan dah melangkah alam remaja . NO WAY . mak pon dah takkisah apa aku nak buat dengan duit aku . HOHO

kalau ikutkan duit tuh semua nak aku SHOPPING beli baju & seluar sok kat TAMPIN . tapi apakan daya duit aku tinggal RM40 je . apa yang aku nak belinya kat bandar tuh kang . okaay , minta mak duit lagi . memang tak lah dapat nya !

ontheway balik pulak . time masa nak masuk simpang Jelai . tiba-tiba nampak sekelompok mamat berkonvoi . okayy aku dah cam . SIPOLAN & membernya . ARGHH nak tunjuk kat aku dia tengah mesej kat COUPLE dia la tuh . padahal dia takperasan aku pon . okayy aku kisah . lalu aku tenangkan hati aku .

`mimi kau kene terima semua nih . buka mata kau lebar-lebar . dah jelas-jelaskan dia dah BAHAGIA . memang bukan dia jodoh kau . percaya ada hikmah sebalik yang terjadi . ALLAH sayangkan kau sebab tuh dia bagi ujian macam-macam kat kau . dia taknak kau leka dengan KEDUNIAAN `

HERGH , tiba-tiba hati aku berkata macam tuh seakan-akan memujuk aku yang tengah BENGANG !
okayy . aku terima seadanya .


* SIPOLAN sesungguhnya aku amat `merindui` KENAKALAN kamu yang dulu !

  • at-10-tion : _d_a  namamu hanya tinggal perkataan sahaja , bukan dihati aku lagi . SORRY ! 
namamu mungkin sesuai dicelup ke cencalok . NGEEE !!!!


Friday, 23 December 2011

KURSUS FELDA ?

ASSALAM blogger ! hari nih mood unwell la . penyakit PERUT datang lagi . okayy malam nih terpaksa bermanja-manja dengan perut kesayangan nampaknya . memandangkan kaka punya laki dah balik so aku tak dapat teman tidur malam nih dan malam seterusnya . aku akan bertarung habis-habisan malam nih dengan perut aku . sakit perut again ? WHOAA perkataan yang paling lantang untuk aku dengar lagi sekali . klinik lah tempat untuk menghapuskan semua ini . WAH banyak duit kau sayang .

walaupun seharian perut aku takelok , aku tetap aktif .HAHA cewah . nak buat cam ne kan . aku kan dah kerja . so nak taknak aku terpaksalah bergerak aktif . okayy , malam nih TANDAS adalah tempat aku bersemayam habis-habisan ! WAIT me babe .

berbalik dari story semalam aku nak study lagi . mak aku galakkan aku pergi ambil kursus BI & ambil kursus FELDA . yeah aku on je . tapi sayang dalam kursus tuh tak ada yang aku minat . ada memang ada tapi jauh nun sana . memang tak lah weh . walawei lah !

kalau dah terpaksa juga aku kene ambil kos dandanan rambut .OH MY GOD ! boleh ke aku minat nih . ARGHH taknak pikir panjang lagi . nak isi borang banyak-banyak . dah tiba masa nanti baru pilih betul-betul . tadi mak dah suruh abah pergi ambil borang Felda tuh kat pejabat . okayy wait !

hati masih taktenang . aku cuba search internet lagi . mencuba dan terus mencuba hingga lewat MAGRIB . tapi dah banyak tarikh tutupnya awal . OUH taksia-sia . aku dah jumpa . laman WEB IKBN . so taklengah aku terus daftar ONLINE . walau berserabut otak aku nak isi but dapat menenangkan hati aku sekali lagi . okayy DONE !


*muka agak KELAKAR but mood in kedai mak aku ! BORED .

  • at-10-tion : petang tadi aku dapat berita dari kawan-kawan aku . semua dah nak mula kerja . CONGRATE korang . success in your life kayy !


Thursday, 22 December 2011

STUDY , WORK @ `LOVE` ?

ASSALAM blogger . malam nih macam-macam mood aku lah . sedih ada happy ada excited ada dll . apakan daya aku hanya manusia biasa yang takboleh lari dari masalahkan . ;(

`mak tulung adik nak keluar dari Jelai nih ! `

ooopss ! hanya itu sahaja yang melaung-laung dalam hati aku nih . why don`t aku masih kat sini lagi . coz mak masih perlukan bantuan aku lagi kat KEDAI . 

sejak dah habis exam nih aku spend time kat kedai je ;) . sebab aku dah start kerja dengan mak aku . dah banyak duit aku MASYUK . laallalalala . but even aku kerja dengan mak aku , hati aku masih taktenang kat JELAI nih . aku taktahu kenapa tiba-tiba jadi macam nih .

maybe aku terasa PERCINTAAN yang kami bina bertahun-tahun @ berbulan-bulan hancur macam itu sahaja . aku taktahu siapa harus dipersalahkan . orang ketiga , sidia atau aku sendiri . but aku percaya ini semua ketentuan TUHAN dan aku harus terima dengan redha ! :(

walaupun benda nih da dekat sebulan lebih berlaku . tapi taktahu kenapa malam nih hati aku tersentuh dengan HUBUNGAN aku yang dulu .

aku dah nekad . hanya ini kesempatan aku boleh lupakan peristiwa HITAM aku yang lepas . aku nak bawa diri . lama atau kejap itu semua bergantung pada takdir . takkiralah aku nak kerja atau study lagi . janji aku dapat bawa diri aku jauh-jauh dari semua ini lagi .



*wajah ini yang akan membawa diri ONE DAY ! & dengan senyuman ini aku mampu bangun semula . i need spirit from my family & my friend !


  • at-10-tion : maybe pengalaman study lagi best berbanding KERJA ! time study kita boleh enjoy dengan kawan . (tidak melampaui batas) 
  • nak study cost BUSINESS lah . INSYAALLAH :) .


asam garam dalam kehidupan .

ASSALAM blogger ;) . hari nih aku taknak story apa-apa yang berkaitan dengan aku . even adalah sikit-sikit sisa nya . HIHI . malam nih aku nak share satu teks yang pernah diskrip oleh someone . siapa tuh takimportant but bolehlah serba-sedikit memberi kita satu pemikiran terhadap something kat dunia nih . takpon untuk masa depan kita juga . ;D .

*hayati teks ni okayy !
`dalam fb ni mudah je bg sy,, jika di kaji nama LAMAN SOSIAL FACEBOOK dan ape tu sosial,, pada sy mudah,, sebab tu sedikit waktu dahulu ade kua kat tv,, ade ulamak sebarkan dakyah tp kene komen kaw kaw,, sebab kat sini x sesuai..
yup pemalu,, dan sy ni suke ambil perkara mudah dalam hidup,, contohnya sy ngan awak x kenal dan x mgkin akan berjumpe,, jika awak remove sy pun sy x rase ape2,,
cume bezanya sy dalam ni lantang nk suarakan ape2,, dari di luar sini yg hanya diam x banyak cakap,, x masuk pengalaman sedikit,, bila dalam fb ni,, sekurang2nya sy faham telatah2 ramai org berbanding di luar
sy nk bersembang,, bukan seperti separuh org yg hanya sekadar ade fb dan nk mempunyai ramai kenalan atau nak tunjuk rakan die yg ramai,, tp hanya sekadar 2 3 org je yg die kenal, sy fikir mudah je,, bila dan sampai bila kita harus maen fb?? x mgkin sampai mati,, x mgkin dh kawen akan chat mcm sekarang,, sok luse dorang tukar pic dan nama pun dh x kenal,, ape lg yg nak di harapkan selain hanya sekadar teman chat
cube tengok separuh dr rakan fb,, hari ni berhubungan ngan si polan,, selang seminggu dah putus,, x sampai 5 jam dah ade perhubungan baru,, muke nampak alim tp jika sy fikir2,, pempuan yg mudah ganti2 cinta ni ade lah pempuan yg akan curang di belakang hari,, lain la org putus cinta,, setahun dua baru boleh terima yg lain,,,
seya suke memandang sesuatu dan berfikir,, memang sy pendiam,, sy pegang satu je dalam hidup,, jangan jd munafik,, pasti akan selamat dan di senangi semua,, awak mesti faham kan ape tu munafik,, org munafik ade lah org yg paling jahat dr segala kejahatan,,
tetap pempuan yg salah,, lelaki memang tugas die menekel perempuan,, jika x kuat iman,, dapatlah pd lelaki tu,, dan lelaki akan terus memilih dan memilih tuk menjadikan satu pasangan yg sesuai dengannya,,
sampailah die betul2 jumpa,, baru die akan setia,, mcm lembu di cucuk hidung
xkan perigi nak cr timba,, mesti lelaki yg mulakan,, lelaki bleh kawen 4 dan pepuan hanya leh kawen 1, sebab tu lumrah manusia,, lelaki jika dh ade satu pun akan tetap cr yg lain.
hehe,, nak bantah gak,, kan sy kata separuh rakan fb,, bukan semua rakan fb atau semua perempuan di dunia,,memang betul la awak cakap x semua pepuan mcm tu,, sy pun x kata semua
permikiran sy dalam fb ni dengan telatah2 manusi yg membuatkan sy berfikir dan inilah pengalaman,,
bukan cmtu,, adat la dalam percintaan tu ade putus,, yg sy maksudkan,, bila dah putus,, mudh ade peganti,, cinta tu mudah di dapati, faham x setakat tu,, pas awak ptus ade lg lelaki yg akan tackle awak,, jika betul awak syg dan cintakan yg sebelumnya,, pasti xkan terima cnta yg datg tu walau cmana hansome pun,, sebab bila jujur dalam percintaan,, jika dah putus mesti nk tunggu jika ade nak sambung semula ke atau salah sorg nyesal dan minta di teruskan,,
baru cinta tu nampak,, bila asik tukar2 je sampai setahun tu 9 org kapel,, sape nak di persalahkan,, mestilah diri sendiri,, jika kita dh kapel 10 org,, 10 10 tu putus,, mane yg salah,, 1 ke atau yg 10 tu?
xkan 10 tu same je perangai sedangkan yg 1 ni perangai memang dah cmtu,, jngankan 10,, 100 pun tetap same,, dan bila putus mesti yg 100 tu akan di persalahkan,, tol x,, lumrah hidup.. sukar kita nak tahu silap kita
restu ibu bapa bila kita dh betul2 jumpa pasangan hidup.. die akan merestui ape kehendak kita,
yela/
sy xrase pun ni satu dosa, ustad sy pun mengatakan x salah atau dosa,, cume x senonoh je,, melainkan bersentuhan
bukan,, jatuhnya dosa ade lah perbuatan, jika cakap lucah x dosa,, cume org terikut ntah mana2 org ntah yg cakap lucah2 tu dosaa,, jika dosa,, setiap guru dan pensyarah yg mengatakan setiap perkataan lucah tu banyak la dosa,, ape lagi perunding rumahtangga
cume jatuhnya x senonoh dan x sopan jer
sebab tu kita kene tahu ape tu munafik baru kita dapat pecahannya
bila sy suke tengok rupe tu lebih baik,, buat ape bercinta jika sy memalingkan muka atau jemu
sy ckp x ikiut skrip lakonan,, tp ni pd pandangan mata sy
tu memang perlu,, jika xde ekhlak pun,, jika dh cinta,, pasti boleh ubah atau berubah,, contoh la imam2 tu.. cmana baik nye sekali pun,, belum tentu ade yg nk kawen,, mksudnya,, bukan akhlak yg pertama,, tp perlu!`

HAHA . amacam ? ala-ala ahli falsafah tak yang bagi free -free teks nih kat aku . bytheway aku hargainya sangat-sangatlah . bukan aku nak perlekehkan pon . ada betul jugak apa yang sidia cakapkan tuh .



*aku tetap senyum walau apa dah terjadi . apakan daya . itulah TABIAT aku ! (^_^)
(asam garam dalam kehidupan )

  • at-10-tion : tapi sayang aku tak lagi dengar cakap-cakap dia yang merdu tuh lagi ? mood : notstable !


Wednesday, 21 December 2011

remove ? WTF !

ASSALAM blogger . one more only dear . tak nak campur adukkan dengan update yang sebentar tadi tuh . HIHI . just nak share tadi try bukak FB `pakweFB` . DUPDAPDUPDAP . ofcouse memang die dah remove kan aku dari friend dia . okayy , thanks somuch ling . sayang awak KETAT-KETAT ! HIHI . APE MOTIF DIA PON AKU TAK TAHU . okayy maybe aku dah perang dunia dia kot . mane tahu kan . mood sakit hati dengan aku !


*huh , honey kenapa buat ling macam nih ?
HAHA (evilsmile)

  • at-10-tion : I don`t care what you have done ! peace 
  • mood : nak tidur . minta-minta MAMAT SENYUM tuh datang lagi .
  • before that : tadikan kaka aku ngigau mase aku nak update blog nih . seram aku . ingat die kene rasuk tadi ! die pandang arah tingkap betul-betul tajam .
  • shuuut : membebel je . nak pergi tidurlah .
BHAI YOU ALL !!!!! NYTESSSSS BABY ....................

                                                                 

mood SAYANG !

ASSALAM blogger ! tonight nak katakan tak ada mood ada lah sikit . 1st story , tadi masa mula-mula bukak FB ada tiga mesej . salah seorang tuh dari SIDIA . taknak secret-secret dah . HE is my ex-boyfriend . HUHU . part sebenar story nih hari tuh die ada minta no baru aku sebab aku dah takpakai no lama tuh . okayy , pikir dok pikir last-last aku bagi . tapi taktahu camne dia tuduh aku bagi no salah . padahal betul tuh . dia selalu nak cari pasal dengan aku . GERAM tapi dah banyak sabar dah ! n then die reply ayat die . FUHH bukan main lembut lagi . 


                                                   HAHA  . ayat mood sedih jap . tapi tuh la realiti nya . 


*no way ! aku akan menangis air mata darah kayy .


  • at-10-tion : hati masih dalam trauma >.6



Tuesday, 20 December 2011

PROMOTE only !

As salam blogger . HAHA . tak dapat tidur lah sebab tuh masih nak update nih . malam masih muda . HOHO .  tadi kol9 aku tengok drama TV3 : Vanilla Coklat . WOW interestinglah cerita tuh . maybe akan mendapat sambutan lepas nih macam drama Tentang Dhia tuh . hebat sungguh . 


*okayy , aku promote nih lepas nih you all mesti tonton ye !
setiap hari Selasa jam 9.00 p.m ?

  • at-10-tion : nothing ! boring sebab tuh menggedik sebentar kat blog nih . 
  • akoe aku nak tidur la nih .


the letter !

As salam blogger . ingat lagi tak aku pernah update pasal surat SIMISTERI tuh . okayy , aku dah dapat jawapan . aku tahu siapa orang tuh sebenar . rupa-rupanya si . . . . .  (secret) (exlame) . so takpayah dok pikir-pikir lagi dah . takmisteri lagi dah .


*awak ! even kita dah `tak` lagi . saya hargai apa yang awak lakukan .
thanks a lot dear (a_a)

  • at-10-tion : pengorbanan awak tiada siapa tahu ?

ada hikmah sebalik itu semua .

As salam bloggers , hari ni malang sungguh nasib aku sebab tadi masa nak mandi . aku terjatuh terduduk . KEDEBUSHH munyinye . PERH sakitnya jangan cakap lah . alahai ! taknangis pon . cuma tahan sakitnya je . nak kata bilik air licin takpon maybe careless je . HIHI .


*lebih kurang macam ni lah aku jatuh . SOBSOB .

tapi nasib masih menyebelahi aku , HAHA . masa aku datang kedai mak aku bagi duit atas bantuan aku menolong dia buat kuih sebelum ni . WAH banyak duit masyuk nih . HAHA hati senang dapat duit . cuti-cuti cam ni ingatkan susah nak dapat duit lagi . yelah , orang dah taksekolah dah kan .

*sampel je . tapi duit macam nilah aku dapat . (^_^)

  • at-10-tion : begitulah orang cakapkan `ada hikmah disebalik kejadian` ! (peace)



mainan tidur ?

As salam blogger . nak share serba sedikit pasal mimpi aku pagi tadi . walaupun mimpi semata tapi mimpi tuh BEST sangat . HIHI . tapi aku takmengharapkan pape pon dari mimpi tuh . aku mimpi ade SOMEONE datang dalam mimpi aku . time tuh ada kenduri kat rumah aku . n sidia datang . aku taktahu apa motif dia datang rumah aku . time tuh dia dengan 2member dia lagi . aku mula-mula takkenal pon dia . maybe dia cousin aku takpon duapupu aku . dalam mimpi je kot . time aku lalu depan dia , dia mengukirkan senyuman dia . SO SWEET . tapi aku pelik . sejenak aku terdiam . SENYUMAN dia tuh aku merasakan something . aku kenal senyuman tuh . dan aku mula terpikir senyuman sebegini mampu membawa kepada KEBAHAGIAAN aku suatu hari nanti sampai bila-bila . aku tergamam . aku dah tergoda pada senyuman sidia . walaupun muka dia aku tak amati , senyuman dia . YES memang dia seorang yang ikhlas . aku dah dapat . ARGHH tidak aku sudah didalam dilema dengan senyuman dia . sampai sekarang aku masih teringat akan senyuman nakal sidia . tapi sayang aku taksempat mengenali dia . belum sempat aku menegur dia . akak aku dah terpekik mendahului dia memanggil aku supaya bangun tidur . GERAM !


*nakal kan senyuman sidia ? ? ?

tapi itu semua hanya mainan tidur je . walaupun permainan aku belum cukup puas dengan mimpi ini . HUH tidak . aku kene berhentikan . okeh , aku mengalah . aku tahu aku takboleh nak mengharapkan sangat mimpi nih jadi kenyataan apa-apa lagi realiti . rojer !


  • at-10-tion : even mainan tidur , but dalam mimpi nih mampu membuatkan aku tersenyum sendiri semasa bangun tidur . GILER !
  • ONE MORE : aku harap malam nih sidia datang lagi dalam mimpi aku membawa senyuman nakal dia tuh ! okeh . 


Monday, 19 December 2011

cekodok * maktab * kerja !

As salam you all . malam nih banyak nak story . tapi tak tahu part mana nak mulakan . okehlah . malas nak pikir lagi . mana-mana lorong jelah aku cilok . HAHA . pagi hinggalah petang bawa ke malam asyik sejuk je manjang . tapi aku bersyukurlah . sebab apa ? itu semua nikmat kan . HOHO . kalau dah sejuk , mulalah perut asyik lapar . tak tahu nak makan apa dah . semua dah makan . okeh , mula lak mengidam nak makan CEKODOK KENTANG . so aku mulakan operasi mengopek kentang dll . siap bangga lagi masakan aku ada orang nak merasa . HUH hentikan semua . bila dah siap mencekik duduk termenung je , dok pikir masalah yang tengah hari buta tadi . taknak rewind lagi apa dah jadi . 



*cekodok ni lah yang aku buat tadi ! yummy . kau ada ?


start malam , kak ipar syorkan aku masuk maktab tapi aku takminat . but kak ipar cakap minat takminat kalau dah ada rezeki kat situ kerja dah dalam tangan ! okeh , mula berpaling ke arah pendidikan . sebentar lagi nak pergi laman web dia pulak . 


*ini je yang bersesuaian . tapi bukan kat sini kot (cerewet) !


petang tadi cakap kat mak , nak cari kerja . memandangkan aku dah tak tahu nak buat apa lagi kat Jelai nih . aku ambil keputusan nak cari kerja kat luar . mak ON je . tapi tak tahu nak kerja kat mana lah . mak cakap jangan jauh-jauh . okeh , aku pon taknak jauh-jauh . HIHI . bukan apa takut penat lah . HAIYA  kerja mana yang tak penat cik adik !


*HAHA . suatu hari nanti ! mana tahukan .

  • at-10-tion : story takmenarik tapi hanya satu PENGALAMAN . (^_^)


aku tak tahu ?

As salam . SOBSOB . okeh sebab apa sedih jap lagi aku story . pagi tadi bangun & mandi n then terus hantar kak ipar pergi klinik untuk check up . HUHU . tak lama lagi bakal dapat BABY baru ! dah balik tuh singgah kedai mak & terus mencekik . ARGHH kenyang . OOPPSS ! lupa lah aku handphone tertinggal kat dalam bilik . okeh , lepas makan terus menuju ke motor untuk balik ke rumah ambil HP . masa ambil ada satu miscall & satu mesej . not IMPORTANT ! pastuh ambil lappy & broadband sekali untuk membuka laman FB . tuptup aku bukak ade dua mesej dari 2people . mesej 1st tuh aku tak kisah lah kan . yang ini buat aku sedih bila ada someone tuduh aku tipu die . padahal sejak-sejak nih aku langsung tak bertegur mahupun berbual dengan sesiapa pun kecuali family aku lah . AKU TAK TAHU apa aku dah buat sampai SIDIA cakap aku dah tipu dia . dupdapdupdap mase bace mesej dari dia . hampir-hampir aku nak mengamuk tapi apakan daya hanya kesabaran menjadi teman tatkala ini ! FUUHHH . Okeh rojer !


*okeh . `SENYUM` takikhlas untuk kau !



*rupa macam ini sesuai bagi kau ENGKAU ! WTF (^_^)




  • at-10-tion :  tak sangke TENGAH HARI BUTA camni dapat tohmahan free-free dari kau sayang !

Suprised !

Salam . HAHA . Seronok sangat-sangat hari nih . dapat celebrate birthday dengan beloved friend . okeh , berbalik cerita sebenar ? mula-mula tuh tak nak lah celebrate sebab dah TUA bangka , malu lorh . tapi disebabkan desakan dari member aku pertimbangkan . ofcoz lah orang baru habis SPM . mesti lah nak enjoy puas-puaskan sebelum semua bawa haluan masing-masing . taknak cerita panjang . cakap kat mak nak celebrate birthday dengan kengkawan , mak pon ON je . HEHE . suke sangat-sangat . dapat tunaikan janji dengan kengkawan nak merasa CAKE buatan sendiri oleh my sis ! wow ! so nice babe . taksangka kaka pandai buat cake special untuk aku . HIHI . kaka dengan bertungkus-lumus membuat cake comot tuh malam tadi . THANKS sis coz dah buatkan adikmu cake yang melucukan . KAHKAH . bytheway nice lah . mak pulak menyumbangkan tenaga membuat MIHUN goreng . whoaa yummy ! farah siap tambah tiga kali lah . bukan mereka cerita tetapi kenyataan lah . okeh bukan nak bangga tapi memang masakan mak aku sedap . takpercaya . sudah . bukan dapat rase pon . HUAHUA . janji dengan kawan kol 5 berkumpul . tapi nasib takmenyebelahi sebab dalam kol 4lebih hujan mula turun . aku cuma termenung menunggu ketibaan para VIP member-member ku sekalian . dalam pada bosan tuh , aku on9 . tetiba kawan lama chat , aku pon layanlah . memandangkan dah lama takberbual kan . sekejap je lah . tibe-tibe dapat call dari kengkawan nak datang sebentar lagi . hati riang takterkata . aku bersyukur sangat-sangat sebab ade insan yang bakal menghabiskan bekalan makanan yang telah aku sediakan kat atas meja . HOHO . member-member datang dalam kol 5.30 . pernantian mereka amat dinantikan oleh aku . YESS ! seorang demi seorang yang menampakkan lubang hidung mereka di hadapan teratakku . AMIN . datang jua ! apabila semua dah berkumpul , mereka terus menyanyikan lagu birthday tok aku & my niece . THANKS dear . okeh , time to potong kek lak . HIHI . after that , sesi mengambil gambar muka kami yang chantek molek ini ! bila dah kenyang mencekik . masing-masing membungkus juadah yang tersedia untuk dibawa pulang untuk memberi ahli keluarga mereka pulak mencekik . HAHA . amekaw ! walawei ! 1st , suzie nak balik awal sebab dah nak bertolak pergi ke Melaka . ina hampir-hampir menitiskan airmata atas pemergiaan suzie yang akan berangkat ke negeri MELAKA . SOBSOB . ika kenapa calit krim kat muka aku . aku mula berang . HUHU . I understand hari ni hari bersuka ria . apa lagi kami akan melakukan aksi panas membaling krim ke muka-muka yang bersesuaian . tanpa lengah , suzie kan nak balik . okeh die mangsa 1st aku . HAHA . kesian kamu suzie . HIHI . sori babe janji takbuat lagi . okeh , fair semua muka dah kene . time to balik rumah masing-masing . weh ! berminyak muka aku ni . never mindlah babe ! heh , malam ni kan NAUZUBILLAH lah sejuknye . tangan aku naik krem menaip lappy ni disebabkan nak update this blog . okelah ! ROJER .


*happy birthday to `OUR` . (^_^)


*Time for blow ! ????


*this cake special from MY SIS .


*nice dear !

  • at-10-tion :  these memories will never forget till I die ! (^_^)  


Sunday, 18 December 2011

Surat Dari Siapa , Mak ?

time birthday aku , ramai yang wish . takkire lah rakan-rakan terdekat mahupun rakan di FB . wish dari orang 'tersayang' , urmm sorang je kot . orang jauh nun sane tuh maybe dah lupe kot . tapi never mind janji ade orang care tentang aku lagi . petang tadi sejuk sangat , so asyik gelisah jelah keluar masuk bilik air . suddenly , mak cakap ade surat untuk aku . kepala otak aku dah blank terus buat muka blur . adess sape pulak kampung sangat nih bagi surat kat aku . dengan tak menyabarnye aku , aku terus tanye mak "surat dari siapa , mak " lalu mak menjawab "taktahu la , mak tengok kat dalam peti surat je " . aku pon terus menggaruk kepala tanpa muka bersalah . huh memang aku tak salah pape pon ! dalam surat tuh die tulis "SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-17" n dll . huh misteri sungguh someone nih . siapa erk ? ? ? pape pon aku malas nak amik tahu dah . lau serius sidia mesti face-to-face kan . HOHO . okeh . masuk topik lain lak , tadi mak ade tanye lepas nih nak amik kursus yang Felda tawarkan tu tak . takkan nak duduk rumah je . aku confuse tibe-tibe terdiam . lalu menjawab taknak lah . huh rase menyesal ke tak aku jawab serupa ini . abaikan . perjalanan masih jauh . tadi ade bukak laman web UPU . permohonan tok fasa kedua 9Januari 2012 ni . oke dear don`t forget . okeh la nytess . bhai . ASSALAMMUALAIKUM ? before that , aku tampilkan bawah ni pasal surat tuh !

                                                           
                                                   *huh inilah surat dari ......... ? (secret)


*perasaan gundah apabila ada SIMISTERI menyelubungi


  • at-10-tion : aku takjamin pape kalau ada yang terasa pasal surat tuh . tanggung sendiri okess .


Saturday, 17 December 2011

'petang' yang dingin !


aishh , selalunye malam yang sejuk tapi kali nih petang lak yang sejuk . huh menggigil rasenye . bushan lak tuh . tak tau nak watpe . dok ngadap LAPPY tak gune nih berbekalkan rase yang membencikan . dekat lima kali keluar masuk tandas . that's all . kBHAI !
MUKA HAPPY SEBAB DAH NYANYOK      +             MUKA TENSION NGADAP LAPPY




introduction 1st !

memandangkan saya baru lagi dalam blogger nih . minta tunjuk ajar dari anda semua okeh . 1st , orang c akap blog nih memang digalakkan untuk business jek , tapi takpelah sekalisekala nak gak kan buat blog untuk masukkan entry tersendiri . HAHA . sebenarnye tak ade idea nak tulis ape nih . tapi tak pe memandang orang baru saya ceritakan tentang diri saya jerk dulu k .
nama full saya sebenar NOR HAZMIRA AMIR . tapi kengkawan panggil MIMIE . HIHI . nice name . HOHO . takkisah la tuh dah biase dah pon . umur dah genap 17tahun . dilahirkan  pada 14hb 12 tahun 1994 . kat mane takpenting asalkan dah selamatkan . taksangke dah habis sekolah dah . dah masuk alam pekerjaan dah . kalau ade rezeki nak sambung study dulu baru pikir kahwin okes ! huh menggatal jerk . cita-cita nak jadi peguam & medical assistant . huh insyaallah . hobi pulak wat mase sekarang tolong my mum kat kedai & ngadap lappy nih . bushan ! adikberadik ade 4orang . saya anak bongsu (takmanjepon) . urm saya sayang keluarga saya . favourite drink saya cappucino & carrot juice . favourite food lak sambal mak masak & mee teaw (tomyam) . bitter memory saya apabila kehilangan ibu angkat tersayang & jari terkena pisau . whoaa berlinang air mata . kenangan manis pulak saat-saat manis bersama tersayang . taknak cakap banyak walaupun SIDIA dah pergi jauh , memories tuh takkan pernah luput . HEHE . urm ape lagi erk ?  wat mase sekarang nih bab-bab teman hidup , banyak persoalannye ? ? ? ooppss lupekan jerk . impian saya untuk tahun nih dah tercapai iaitu buat yang terbaik dalam SPM . insyaallah bakal menerima keputusan yang GEMPAK !  urm okelah rasenye nih je kot nak update tok malam nih . BHAI U ALL !!! nytess ;D




  • at-10-tion : gambar-gambar yang DISYARAKKAN  ;D